Wednesday, November 30, 2011

....aduhai ko virus

Masa dh semakin suntuk, tinggal 2 bulan lagi sebelum saya Say Good Bye to my beloved UIA. Tapi sebelum saya hidup bersenang lenang, terpaksalah melalui hari-hari terakhir student life…..assignment, quiz and mid term. Org kata “alah bisa tegal biasa”.

TAPI, satu virus yg saya memang ALAH, dan tak leh nak biasa. IRRESPONSIBLE,or in malay sifat TAK BERTANGGUNGJAWAB. Virus ni mmg ada kt majority student.Masyaallah kalau sapa yg ada virus ni pilaaah jumpa Tok Nujum Hutan Kampung Balik Pulau, tak pon pi mintak Bidan Limah wat mandi bunga ka, ( klau boleh buang baguih).Cuba hampa bayangkan, kalau ada seorang ja yang bawa virus ni, habeh semua keja tak jadi, melingkup lagi ada.


Apa itu Tak Bertanggungjawab
TAK BERTANGGUNGJAWAB tergolong dalam virus yang mudah ditemui dikalangan pelajar yang pemalas dan tak sedar diri. Menurut saintis yang menemui virus ini, Dr Park Yuchun, " ia adalah gabungan virus TAK TERTANGGUNG dan PANDAI JAWAB, sangat merbahaya untuk manusia. Kebanyakan orang yang menjadi mangsa virus ini mempunyai simptom yang sama, iaitu tetiba pandai memberi 1001 alasan kerana tak menyiapkan kewajipan yang diberi ".

Bagi saya yang tak berapa arif pasai morfology plak, berpendapat tanggungjawab maknanya ( ayat Ustaz Don)bersedia menerima tugasan atau kewajipan, buat dengan sepenuh hati, dan sebaik mungkin. Tanggungjawab bukan hanya berkaitan dengan tugasan,tetapi menepati masa atau menepati janji, juga saya rasa contoh tanggungjawab. Jadi kalau tak bertanggungjawab, cuma tambah Word TAK jer kat depan.

Situasi
-Assignment due 21.11.2011
-2 week holiday start 4-13.11.2011

Minah bertungkus lumus wat assignment...sian....







Hari compile assignment, 14.11.2011

Selepas seminggu, tinggal sehari sebelum submission date...

Tahap kesabaran Minah dh sampai 200 darjah celcius...ibarat kalau goreng telur atas kepala Minah,memang boleh masak...




Itu antara effect yg kita tak sedar. Orang lain penat buat kerja kita senang senang mintak "MAAF",sebab kerja tak siap. Sobor jerr lah.Kepada orang yang tak ada rasa tanggungjawab untuk siapkan kerja korang, tolonglah lain kali buat kerja sesorang. Tak payah nk join orang lain, menyusahkan ja.
Saya cakap sebab saya dh banyak kali terkena dgn orang yg mengidap virus ni. Tension, mension, saya dibuatnya, mmg kalau tak cukup iman di dada, boleh jadi kes amuk.