Friday, December 30, 2011

Mai pakat Baca BuKu

Tik, tok, tik tok,, jam dinding aku berdetik, bilalah jam ni nak habes bateri???,apa punya soklan nurul oii. Tengok jam kat dinding ibarat tengok masa yang berlalu setiap saat, tetiba dah masuk STUDY WEEK!!!,what!!! Study Week. Time camni plak banyak godaan  mai,  movie baru, novel, ada plak ajak kuaq jejalan. Hadooiii!!!AKU NAK EXAM, tapi depa punya tawaran memang buat aku trus STUDY WEAK.

 


Nurullll Sabaq SAT jaaaa. memotivasikan diri sendiri

Memang diakui  banyak sangat godaan bila time study week ni.Sebab tu kena ada detail plan, kalau tak, pakai melingkuplah.Semua orang ada cara sendiri untuk study, tok sah nak ikot cara orang lain, cari cara study sendiri.

STYLE STUDY!!!
Ada yang kena dengaq lagu sambil study (aku tak paham comnor depa boleh ingat sambil dengaq lagu),


 ada jugak yang jenis study focus cam nak mampos, untuk  30 minit ja, lepas tu dia mula kacau orang. Masitah, kawan aku, memang perangai camni, tapi dia kacau sat ja, tut cak, tut cak, sambung study balik.

JANGAN TRY AKSI NI!!!

 memula dia ingat baling buku kat kepala boleh masuk semua ilmu, 
tapi
bila buku tu keluar kuasa Power Ranger.
maka hancurlah  otak dia sebab kena attack  kuasa  
ultraviolet halilintar

kot kalau tak suka baca buku, janganlah dok pikiaq nak buat macamni, 
dah parah benaq aku tengok.


 Ada plak yang terang tang tang tak study, yang dia tau exam ja (ni jenis genius),kawan aku Salbiyah memang spesis ni, jelessss gila kat dia. Kalau boleh dia nk setel semua paper in ONE DAY.

Ada yang kena dok tengah hutan, sunyi sepi, baru boleh study (aku punya style tu).

  tapi bila tempat sunyi ni, selalunya aku  akan TERtidoq. 



 memang aku bangun terus, cm kena elektrik.

 

Pening kot klau kena sergah camtu. Tapi aku terus sambung study, macam KARTUN gak cara aku study.
tidoq, jaga, sambung study, ngantuk, aku tidoq balik, terjaga, sambung study.
memang kartun betui hang ni nurul...

Kalau dah malas sangat nak pegang buku, pi lah cari kekawan yang tengah study, jgn kacau dia plak, tak pasal-pasal kena halau, duduk tepi dia senyap2, dan TADAH TELINGA ja, tak penat pon.

ye,ye, saya paham, lagi,lagi,lagi
memang boleh SKOR A ni.



 
baca buku ni, comform mata aku FRESH....siap tambah extra power.





Camna pon, study tetap study, nak tidoq sambil peluk buku ka, nak tungging kepala bawah, kaki naik atas kerr, ( kot kot boleh masuk, sebab otak dekat ngan buku), dah nama pon study week. Jangan buat malas sudah (walaupun kemalasaan tu 80%) . Orang kata kalau semua penyakit ada ubat, penyakit malas ja tak dak ubat, mampuih kalau kena.


 Jadual exam aku berturut turut...
 Advanced Research Method 5 Jan
Public Personnel Administration 7 Jan
Language for Occupational 8 Jan
Comparative Politics of the Muslim World 13 Jan


SELAMAT STUDY 
DAN 
SEMOGA SELAMAT MENJAWAB EXAM
mujur aku tak sampai tahap ni. Kaler rambut aku maintain hitam agi.




Parah benaq ni.!!!
sebab hari hari minum susu lembu
mesti baby ni confius dia anak sapa?....
Hehe

Saturday, December 17, 2011

i wish she can read this

seribu tahun katanya menjadi hikmat
jika hari ini seorang Pedana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang ulama menjadi mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Sajak diatas adalah nukilan Sasterawan negara Usman Awang kepada seorang guru. Kalau kita cakap pasal cikgu, semua orang akan terkenang kembali time bebudak hingusan dedulu, time tu semua comel dan montel.Hari pertama masuk sekolah, aku jamin semua budak exited. Dapat baju baru, alat tulis, beg sekolah baru dan paling aku suka, pensil warna 24 batang dengan buku baru. Waktu dapat buku baru tu, aku rasa nak caler semua gambar dalam buku tu.

TAPI
Kita selalu terlupa,
kekadang kita selalu alpa
kekadang juga kita terleka.
Guru pertama yang mengajar kita,
Pernah Tak Kita Ingat Siapa Mereka??
Guru tadika kerr?
Kalau yang tak masuk tadika, guru tahun satu tu kira guru first diorang kerr?

Mudah sangat jawapan nyerr,
Orang yang kita selalu panggil Mama, Ibu, Umi, atau macam -macam panggilan lagi.
Orang yang melahirkan kita ke dunia,
DIALAH CIKGU PERTAMA KITA.
Walaupun sajak tu ditujukan kat cikgu, tapi aku rasa seorang mak juga adalah seorang cikgu. Sebab dia adalah orang pertama yan mengajar kita, tanpa dia, tiadalah perdana menteri, presiden, penulis terkemuka, dan peguam yang hebat. Segalanya dimulakan oleh seorang mak. 





MAMA
Dia didik kita sejak kita dalam rahim,
Dia mengajar kita menyebut perkataan pertama,
Dia mengajar kita melangkah buat kali pertama,
Dia jugalah yang mengajar kita menulis buat kali pertama,

 MAMA
Sentiasa gigih mendidik,
Tak pernah jemu mengajar,
Sentiasa sabar melayan,
Tak pernah sekali engkau mengeluh.


MAMA
Walaupun tangis dan marah aku beri,
Kau balas dengan senyuman,
Walaupun bisa kata kata aku lemparkan,
Kau telan semua, dan senyuman jua engkau hulurkan,
Walaupun dengan lantang aku bercakap denganmu,
Namun kau matikan kelantangan itu dengan lembut suaramu. 
Kegigihanmu sangat aku kagumi,
Kesabaranmu tiada galang ganti.

MAMA
Kau sentiasa aku lihat KESEORANGAN,
Menanggung segala kesusahan,
Menahan segala kesakitan,
Memendam segala kesedihan,
Menelan segala kepayahan.


Semuanya kerana kau ingin lihat anakkmu,
Bahagia,gembira, dan ceria.
Bagimu
Kegembiraan anakkmu, adalah kebahagianmu.
Kesusahan anakkmu adalah kesengsaraanmu.

begitulah besarnya jasa guru pertama kita. Dia tak pernah meminta jerit payahnya dibayar, tapi sebaliknya dialah yang sentiasa memberi. Apa yang aku tulis hanya berdasarkan pengalaman sendiri. Itu yang aku lihat pada mama aku, dan sesungguhnya aku rasa semua mak pun buat benda yang sama. 


tepuk dada, tanya hati, setakat ini, apa yang dah korang buat pada ibu korang.


macam ayat orang putih ni:

Dont ask what your mother had done to you
BUT
Ask yourself, what have you done to your mother.



Thursday, December 15, 2011

Terhangat Di Pasaran



Nama ja pemenang Rookie Award 2010 KBS Drama Award, tapi nak tengok muka dia dalam tv berjanggut aku melangut, tak keluar jugak orangnya. Tapi anak korea pantang dicabar, pelik benor bunyi nyerr ,popularity dia memang tak tergugat laaaangsung. Tak masuk tv, masuk iklan tv, janji tv, huhu. Ramai gilak pengilang nak muka dia jadi model,utk promote barang depa. Jadi, alkisahnya, Park Yoochun, sentiasa laku macam pisang goreng panas kat pasaran.

Yeahh...keep it up!!!

Memang penangan Park Yoochun tak leh wat main,klau nak amik dia jadi model, kena make sure, BARANG UNTUK LIMA tahun akan datang dh tersedia untuk dijual.
Antara akibatnya kalau barang tak cukup
1)peminat wat riot


2) naiklah harga barang, bekalan barangan tak cukup nak tampung permintaan peminat Park Yoochun dari seluruh dunia cakerawala ni. Kena ingat peminat Yoochun terdiri dari budak dalam buaian, kakak orang, isteri orang, mak orang, nenek orang smapailah orang- orang, bukan orang orang tu letak kat sawah wat hambat burung kerr?? pelbadai lapisan masyarakat!!!



wishfull thinking: kalau aku, nak aja aku angkut sekali ngan model,, baru berbaloi


Moh kita intai sikit dia ni jadi model CF apa..


klau dia lapar dia makan Ottogi Ramen.




tak pon klau dah muak makan ramen ubah selera makan pizza and spaghetti kat Black Smith.



aku tengok dah macam keluar dari kilang arang batu pon ada.

Lepas makan kena ada ayaq, klau tak terlekat plak, maka dia pon jadi model untuk air Tio.



Gendang gendut, tali kecapi
Kenyang perut, hati hepi,
Pi main game
Ninntendo Wii .


Pastu dia keluar pi shopping ngan geng dia, kat Lotte Duty Free...
macam - macam ada.


 
sesiapa yang pi shopping kat cini,
akan jumpa 3 orang mamat ni sambut korang kat depan pintu.
Percaya tak, dalam MIMPI jerrlah.

Sapa yang gila fesyen ikot lerr Yoochun shopping kat NII, compom lepas keluar dari kedai tu orang akan panggil ko fashionista

 


Sakit, deman, selsema, dia tak yah risau, sebab Panzel dah supply 1o LORI ubat kat dia.

 

yang paling best dapat barang LG, huhu, untung Yoochun, dia tak yah beli, sebab tu dia kaya...( tapi JJ cakap Yoochun memang kedekut)
sebab tu jugak kot dia senyum lebaq bila dapat jadi model CF jenama LG.

C-Jes habaq kt aku, macam cjes tu jiran sekampung aku plak, sehari, dua tiga tawaran CF Yoochun terima, jadi terpaksalah tolak setengah, imposibble boleh pi semua tempat, gilak namanya.



Dia berlakon iklan, 5 saat ja paling lama pon, kira kalau aku bukak kulit kuaci lagi lama dari aku tengok muka dia dalam iklan. Tapi, tu yang best, haha, tengok selalu borink, lama- lama skali tengok baru best.



Yoochun Go, CF King Go, Micky Go, agogo.

Tuesday, December 13, 2011

Here Comes DBSK Teacher

Di sebuah pulau, terletaknya satu sekolah benama Secret Code School, ada 5 orang cikgu terHottest Seantero pulau tu . Disebabakan cikgu- cikgu ni hot sangat, semua murid kat sekolah ni terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, walaupun sekolah ni adalah sekolah untuk lelaki dan perempuan. Nak buat camnor, laki tak leh masuk dah, full application.

SENARAI CIKGU TERHOTTEST

Cikgu pertama, Jung Yunho, ajaq bahasa Korea.

Kekadang dia ajaq Pendidikan Jasmani.
alamak!!!
sorry cikgu,
terskodeng
dan tertangkap gambar plak.



Cikgu no 2, Cikgu Park Yoo Chun, ajaq Bahasa Inggeris, asal dari Virgina.Kelas favourite aku. Aku tak akan kelip mata, kalau cikgu ni mengajaq, selalu bagi senyuman maut punya, mana tak cair.


aku slalu dapat top skor kelas ni...

Cikgu ni jugak ajaq piano,
WAHHH!!!
memang romantic habes...




Next cikgu ialah Cikgu Kim Jae Joong. Cikgu ni ajaq aku science and cooking class.


makan makanan yang cikgu Jae Joong masak!!! tak sanggup aku, rasa cam nak bawa balik letak dalam frame.



Cikgu keempat ni sangat
CUTE!!
KAWAIII!!
multi talented plak tu.
Cikgu Kim Junsu, ajaq social studies, dan expert dalam intercultural language.




dia memang selalu cakap Kenya dalam kelas, even aku tak paham hangguk jerr lah.

cikgu Junsu jugak
sangat athletic, cikgu hwaiting!!!





Dan Cikgu terakhir ialah genius Shim Changmin. Kalau subjec pecah kepala memang dia paling expert. Bagi jerr soalan Culculus, or add Math, suma dia wat macam gigit kacang.

dia jugak ajaq subject Japanese Literature, al maklum ler,
dok Jepun 2 tahun.

Cikgu Changmin juga expert bab download and cracking software.


Kalaulah diorang jadi cikgu
memang conform aku asyik ulang sekolah, tak grad- grad.

Love them, Love their effort, and Love their dedication...

Credits: DBSKnights + DNDN + TOHO- Spell



Friday, December 9, 2011

Latest Addiction

Student....
kalau tak da assignment, tengok movie,
tak da kuiz, tengok movie,
tak da program, tengok movie.

So stok movie kena banyak untuk menampung keperluan.
Here one drama yang aku tengah GILAK bagai nak GILA .

Tree With Deep Roots

Warning !!!
kepada sesape yang tak minat history,
x yah tengok,
sebab
cita ni memang sepenuhnya
history.

Ia berkisar pada zaman pemerintahan King Sejong, dia kena berdepan dengan penentangan dari golongan bureaucrats or para menteri dan persatuan underground yang dipanggil "Milbo" bila dia nak menerbitkan tulisan Hangul. Korean pada awalnya menggunakan tulisan Hanja (Chinese Character).King Sejong nampak tulisan Hanja tu hanya menguntungkan golongan aristocrat (orang kaya), manakala golongan bawahan terbiar. Bila kebanyakan orang bawahan tak boleh membaca, maka banyak masalah berlaku, contohnya semua pengumuman yang dibuat diorang tak paham, diorang jugak tak boleh menyuarakan pendapat, sebab nak tulis pon tak tau.

Jadi King Sejong pon membuat research and development tentang penulisan Hangul.

" our letter bulid based on our own sound"
ayat King Sejong the great depan Kibum, Kibum Suju, pon berlakon jugak, jadi scholar kt tempat nama Jip Hyun Jun. King Sejong berjaya membina tulisan yang sangat simple, hanya ada 24 letters. Jadi senang golongan bawahan nk belajar, sambil dok memajak tanah pon bleh blajaq.

Tujuan utama Hangul dibuat adalah untuk membolehkn golongan bawahan membaca dan menulis. Tulisan ni memang powerful habes, sebab orang buta huruf pon boleh belajar dalam masa 1 hari. Jadi bila geng Milbo dapat tau, depa pon kelam kabut macam kucing nak beranak, sebab depa tak mau golongan bawahan bangun menentang depa. Golongna atasan ni nak depa ja boleh baca, orang bawahan macam hamba tak layak membaca. In other words, time tu, kebolehan membaca dan menulis tu kira sebagai simbol kuasa dan status.

"Writing is more powerful than a weapon",
Itulah sebab utama depa menentang habis -habisan sampai membunuh pon sanggup. Tapi King Sejong ni bukan jenis penakut, orang nk bunuh anak dia pon dia bleh wat slumberr agi, memang tak makan saman punya orang. Dia maintain jerr ngan plan dia nak sebarkan tulisan Hangul ni.

Keseluruhan cita ni melibatkan penentangan geng Milbo terhadap tulisan Hangul ni, dan camnor King Sejong dok perah otak nak sebarkan tulisan yang dia dah wat walaupun banyak geng dia kena bunuh.

Sebab apa aku minat gila cita ni....

  1. 1st reason tengok cita ni sebab ada Song Joong Ki.

Lakonan Joong Ki memang Daebakkk!!!

2. King Sejong ni sangat charismatic, sempoi ,dan berjiwa rakyat. Yang buat aku tabik spring kat dia ialah dia hanya guna ilmu pengetahuan untuk menentang orang yang tak puas hati ngan dia, bukan pakai pedang.

Pagi - pagi jalan - jalan amik angin, biasalah perangai orang Senang,
wat apa agi kan...

petang dia tak larat nak jejalan dh, dia pi berkebun plak,
Pergh baguih sungguh raja ni.

3. Aku minat cita historical,

plus plak cita ni ada kaitan ngan politics, aku nyer specialization, so memang enjoy habis.

4. Ada Jang Hyuk plak ,

perghhh, klau mamat sorang ni berlakon, memang rasa cam nak masuk dalam drama tu berlakon skali.

Sebagai pengawal diraja,jadi keja dia practice melibas pedang tak kira masa.

Jangan terkejut plak.

ni bukan gambaq Song Joong Ki b4 and after, tapi ni juz gambar King Sejong dalam drama ni time muda dan time tua.

Thursday, December 8, 2011

Mikii APA CER?

Lepas bertungkus- lumus siapkan assignment, aku pon cari pendrive kesayangan, "mikii, mikii, (nama pendrive tu)mana kamu", cm panggil kucing plak,so comform pendrive tu tak menyahut sampai bebila, mata meliar mencari, tangan lincah menyelongkar beg satu persatu, TAPI, mikii tak jugak aku jumpa.

"sah tinggal kat lab computer" dalam hati berdetik, kepala mengangguk setuju.
Dalam hati dah ada ribut taufan tsunami, sebab takut orang curi Mikii aku.
Disebabkan darurat ,MP3 kesayangan jadi mangsa utk aku save assignment.

Lalu bermulalah epik pengembaraan Puteri Melati mencari Mikii, dengan bersusah payah Puteri Melati meredah bangunan bangunan konkrit dan hujan lebat semata mata untuk mencari Mikii. Walaupun basah kuyup dek hujan, akibat pakai payung patah, tapi perjalanan tetap diteruskan.

Akhirnya, sampai juga ke destinasi, dalam hati berdoa sesangat moga- moga jumpalah Mikii, tapi memang malang, sebab Mikii dah dikebas manusia yang bernama PENCURI.
Luluh, sayu, sedeh, nk nangis, kecewa, semua perasaan dh digaul sekali macam rojak.

Aku try sms kwn, kot- kot dia jumpa ,dalam hati berbunga harapan, tapi malang lagi, sebab dia kata " tak derr pon". Disebabkan aku tak leh hidup tanpa pendrive ,biasa lerr, student, jadi aku pon gi PC Fair yg kebetulan tgh berlangsung.

Maka pendrive ApaCer? dh jadi kepunyaan aku, harga RM20, 4 gig.
Tetiba kawan aku call, " nurul, ko beli pendrive kerr?"
"ahh kenapa?" aku jawab dgn perasaan heran bin pelik.
" wei, aku melawak jerr tadi, pendrive ko ada ngan aku " kawan aku bagi xplanation tanpa rasa bersalah.
"wei SORRY, beb, aku ingat nak main ngan ko" sambung kawan aku ag.
"ko tak payah cakap arr, aku dah beli pendrive dah pon", aku reply, dan aku off hanset. Dalam hati panas gila.

KENAPA AKU MARAH SANGAT:
1) Melawak tak kena GAYA.
Bagi aku melawak tak salah, tapi tengok keadaan dan tempat. Kalau melibatkan barang berharga macam barang kemas, kamera, laptop, pendrive ( walaupun org anggap benda ni tak berharga), aku nasihat tak payah nk melawak ler. Silap haribulan , tak pasal-pasal makan penampar. Nasib pendrive yg hilang, kalau laptop or kamera aku yang ko amik sembunyi, memang padahnya ko masuk lokap.
Seriously no Jokes!!!!

2) AKU DAH MEMBAZIR
Aku kena guna duit aku ,yang dah segan segan nk keluar dari mesin ATM, untuk beli pendrive, untuk ganti Mikii, yg aku sangka HILANG. RM20 TU munkin tak banyak untuk orang lain, tapi bagi aku, as student, RM2O ibarat KETUL EMAS . Dengan duit RM20 aku boleh guna untuk makan selama empat hari, yepp, setiap hari aku makan RM5 JERR, jimat punya pasal. Betapa sakitnyerrr hati aku time tu, MANA TAK NYERR, duit makan aku selama 4 hari melayang macam layang layang terputus tali.

kalau duit aku bnyak NI, laptop hilang pon aku boleh RELAX.

3) S.O.R.R.Y
Wah, senang ko cakap!! Menggelegak hati, panas dan berdesing telinga bila dengar ayat SORRY tu diucapkan.

Kenapa senang sangat orang cakap sorry ?
Tak da rasa bersalah kerr orang yang suka cakap SORRY ni ?
INGAT SORYY BOLEH SETTLE PROBLEM KERR?
HERAN BIN PELIK aku.

Buat salah, then say "sorry",
Tak buat keja, "sorry"
Hilangkan barang orang "sorry"
Copy paste assignment orang lain "sorry"
Tak datang discussion "sorry"
Tak datang meeting "sorry"

Pernah tak korang fikir AKIBAT BERcakap "sorry" ni. PERNAH TAK????
Ingat SORRY,tu boleh ganti RM20 aku yang dh terbang melayang?
Ingat SORRY tu leh turunkan temperature hati ku yang dh sama ngan kepanasan lahar Gunung Berapi Karakatua?
Ingat SORRY tu leh ganti duit MAKAN aku selama 4 HARI?
Boleh jalan lerr, aku memang x leh hidup ngan spesis manusia yang suka cakap SORRY tanpa rasa bersalah.
Bagi aku ayat sorry ni hanya buat temperature hati aku lagi tinggi , tunggu nak meletup.

So,apa aku buat untuk coolkan hati yang panazzz,aku keluar jejalan. Tengok masyarakat luar, memang boleh release STRESS dan duka di hati.

kalau budak comel camni cakap sorry, terus COOL,
sebab, nama pun "BUDAK"

Bukan aku ni jenis TAK PEMAAF, cuma aku x boleh terima kalau orang guna "SORRY" as solution untuk dia lepas dari KESALAHAN yg dia sendiri BUAT. At least, came out with solution, bukan hanya mengharapkan perkataan "SORRY".

Friday, December 2, 2011

Dreaming and Hoping

Cahaya suria menyambut aku di Samcheong Dong Streets, burung berkicau riang,angin sepoi- sepoi bahasa meniup halus, mataku terlalu asyik melihat dekorasi mewah kedai di situ dan pelbagai restoran dan cafe yang comel. KAWAIIII!!!!
tiba- tiba, dari jauh kedengaran bunyi kereta,
nun jauh, kelihatan sebuah kereta warna MERAH TERANG mendekati tempat aku berdiri,
pabila kereta itu sudah berada di depanku,
Mulut aku melopong, mataku terbuntang.


Mulutku terkunci rapat.
Tiba -tiba mukaku terasa sakit seperti ditampar, bila aku buka mata,
LOH,mimpi rupanya,kan dh kena penampar, tgh dengar TALK pon boleh terlentok.

Ni semua sebab penangan Park Yuchun, Hadooi!!!
tak sabaq hati nk rasa apa yg aku MIMPI tadi,huhuu. Entah bilalah boleh jejak kaki ke Korea...
PLUSSS, ngn extra info agi.
No. Plate Kereta Micky: 6002
yahoooo, hopefully OPPA tak tukar no plate lepas ni.


p.s: The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams...

yeah, Go For It Nurul!!!

Wednesday, November 30, 2011

....aduhai ko virus

Masa dh semakin suntuk, tinggal 2 bulan lagi sebelum saya Say Good Bye to my beloved UIA. Tapi sebelum saya hidup bersenang lenang, terpaksalah melalui hari-hari terakhir student life…..assignment, quiz and mid term. Org kata “alah bisa tegal biasa”.

TAPI, satu virus yg saya memang ALAH, dan tak leh nak biasa. IRRESPONSIBLE,or in malay sifat TAK BERTANGGUNGJAWAB. Virus ni mmg ada kt majority student.Masyaallah kalau sapa yg ada virus ni pilaaah jumpa Tok Nujum Hutan Kampung Balik Pulau, tak pon pi mintak Bidan Limah wat mandi bunga ka, ( klau boleh buang baguih).Cuba hampa bayangkan, kalau ada seorang ja yang bawa virus ni, habeh semua keja tak jadi, melingkup lagi ada.


Apa itu Tak Bertanggungjawab
TAK BERTANGGUNGJAWAB tergolong dalam virus yang mudah ditemui dikalangan pelajar yang pemalas dan tak sedar diri. Menurut saintis yang menemui virus ini, Dr Park Yuchun, " ia adalah gabungan virus TAK TERTANGGUNG dan PANDAI JAWAB, sangat merbahaya untuk manusia. Kebanyakan orang yang menjadi mangsa virus ini mempunyai simptom yang sama, iaitu tetiba pandai memberi 1001 alasan kerana tak menyiapkan kewajipan yang diberi ".

Bagi saya yang tak berapa arif pasai morfology plak, berpendapat tanggungjawab maknanya ( ayat Ustaz Don)bersedia menerima tugasan atau kewajipan, buat dengan sepenuh hati, dan sebaik mungkin. Tanggungjawab bukan hanya berkaitan dengan tugasan,tetapi menepati masa atau menepati janji, juga saya rasa contoh tanggungjawab. Jadi kalau tak bertanggungjawab, cuma tambah Word TAK jer kat depan.

Situasi
-Assignment due 21.11.2011
-2 week holiday start 4-13.11.2011

Minah bertungkus lumus wat assignment...sian....







Hari compile assignment, 14.11.2011

Selepas seminggu, tinggal sehari sebelum submission date...

Tahap kesabaran Minah dh sampai 200 darjah celcius...ibarat kalau goreng telur atas kepala Minah,memang boleh masak...




Itu antara effect yg kita tak sedar. Orang lain penat buat kerja kita senang senang mintak "MAAF",sebab kerja tak siap. Sobor jerr lah.Kepada orang yang tak ada rasa tanggungjawab untuk siapkan kerja korang, tolonglah lain kali buat kerja sesorang. Tak payah nk join orang lain, menyusahkan ja.
Saya cakap sebab saya dh banyak kali terkena dgn orang yg mengidap virus ni. Tension, mension, saya dibuatnya, mmg kalau tak cukup iman di dada, boleh jadi kes amuk.