Thursday, December 8, 2011

Mikii APA CER?

Lepas bertungkus- lumus siapkan assignment, aku pon cari pendrive kesayangan, "mikii, mikii, (nama pendrive tu)mana kamu", cm panggil kucing plak,so comform pendrive tu tak menyahut sampai bebila, mata meliar mencari, tangan lincah menyelongkar beg satu persatu, TAPI, mikii tak jugak aku jumpa.

"sah tinggal kat lab computer" dalam hati berdetik, kepala mengangguk setuju.
Dalam hati dah ada ribut taufan tsunami, sebab takut orang curi Mikii aku.
Disebabkan darurat ,MP3 kesayangan jadi mangsa utk aku save assignment.

Lalu bermulalah epik pengembaraan Puteri Melati mencari Mikii, dengan bersusah payah Puteri Melati meredah bangunan bangunan konkrit dan hujan lebat semata mata untuk mencari Mikii. Walaupun basah kuyup dek hujan, akibat pakai payung patah, tapi perjalanan tetap diteruskan.

Akhirnya, sampai juga ke destinasi, dalam hati berdoa sesangat moga- moga jumpalah Mikii, tapi memang malang, sebab Mikii dah dikebas manusia yang bernama PENCURI.
Luluh, sayu, sedeh, nk nangis, kecewa, semua perasaan dh digaul sekali macam rojak.

Aku try sms kwn, kot- kot dia jumpa ,dalam hati berbunga harapan, tapi malang lagi, sebab dia kata " tak derr pon". Disebabkan aku tak leh hidup tanpa pendrive ,biasa lerr, student, jadi aku pon gi PC Fair yg kebetulan tgh berlangsung.

Maka pendrive ApaCer? dh jadi kepunyaan aku, harga RM20, 4 gig.
Tetiba kawan aku call, " nurul, ko beli pendrive kerr?"
"ahh kenapa?" aku jawab dgn perasaan heran bin pelik.
" wei, aku melawak jerr tadi, pendrive ko ada ngan aku " kawan aku bagi xplanation tanpa rasa bersalah.
"wei SORRY, beb, aku ingat nak main ngan ko" sambung kawan aku ag.
"ko tak payah cakap arr, aku dah beli pendrive dah pon", aku reply, dan aku off hanset. Dalam hati panas gila.

KENAPA AKU MARAH SANGAT:
1) Melawak tak kena GAYA.
Bagi aku melawak tak salah, tapi tengok keadaan dan tempat. Kalau melibatkan barang berharga macam barang kemas, kamera, laptop, pendrive ( walaupun org anggap benda ni tak berharga), aku nasihat tak payah nk melawak ler. Silap haribulan , tak pasal-pasal makan penampar. Nasib pendrive yg hilang, kalau laptop or kamera aku yang ko amik sembunyi, memang padahnya ko masuk lokap.
Seriously no Jokes!!!!

2) AKU DAH MEMBAZIR
Aku kena guna duit aku ,yang dah segan segan nk keluar dari mesin ATM, untuk beli pendrive, untuk ganti Mikii, yg aku sangka HILANG. RM20 TU munkin tak banyak untuk orang lain, tapi bagi aku, as student, RM2O ibarat KETUL EMAS . Dengan duit RM20 aku boleh guna untuk makan selama empat hari, yepp, setiap hari aku makan RM5 JERR, jimat punya pasal. Betapa sakitnyerrr hati aku time tu, MANA TAK NYERR, duit makan aku selama 4 hari melayang macam layang layang terputus tali.

kalau duit aku bnyak NI, laptop hilang pon aku boleh RELAX.

3) S.O.R.R.Y
Wah, senang ko cakap!! Menggelegak hati, panas dan berdesing telinga bila dengar ayat SORRY tu diucapkan.

Kenapa senang sangat orang cakap sorry ?
Tak da rasa bersalah kerr orang yang suka cakap SORRY ni ?
INGAT SORYY BOLEH SETTLE PROBLEM KERR?
HERAN BIN PELIK aku.

Buat salah, then say "sorry",
Tak buat keja, "sorry"
Hilangkan barang orang "sorry"
Copy paste assignment orang lain "sorry"
Tak datang discussion "sorry"
Tak datang meeting "sorry"

Pernah tak korang fikir AKIBAT BERcakap "sorry" ni. PERNAH TAK????
Ingat SORRY,tu boleh ganti RM20 aku yang dh terbang melayang?
Ingat SORRY tu leh turunkan temperature hati ku yang dh sama ngan kepanasan lahar Gunung Berapi Karakatua?
Ingat SORRY tu leh ganti duit MAKAN aku selama 4 HARI?
Boleh jalan lerr, aku memang x leh hidup ngan spesis manusia yang suka cakap SORRY tanpa rasa bersalah.
Bagi aku ayat sorry ni hanya buat temperature hati aku lagi tinggi , tunggu nak meletup.

So,apa aku buat untuk coolkan hati yang panazzz,aku keluar jejalan. Tengok masyarakat luar, memang boleh release STRESS dan duka di hati.

kalau budak comel camni cakap sorry, terus COOL,
sebab, nama pun "BUDAK"

Bukan aku ni jenis TAK PEMAAF, cuma aku x boleh terima kalau orang guna "SORRY" as solution untuk dia lepas dari KESALAHAN yg dia sendiri BUAT. At least, came out with solution, bukan hanya mengharapkan perkataan "SORRY".

Friday, December 2, 2011

Dreaming and Hoping

Cahaya suria menyambut aku di Samcheong Dong Streets, burung berkicau riang,angin sepoi- sepoi bahasa meniup halus, mataku terlalu asyik melihat dekorasi mewah kedai di situ dan pelbagai restoran dan cafe yang comel. KAWAIIII!!!!
tiba- tiba, dari jauh kedengaran bunyi kereta,
nun jauh, kelihatan sebuah kereta warna MERAH TERANG mendekati tempat aku berdiri,
pabila kereta itu sudah berada di depanku,
Mulut aku melopong, mataku terbuntang.


Mulutku terkunci rapat.
Tiba -tiba mukaku terasa sakit seperti ditampar, bila aku buka mata,
LOH,mimpi rupanya,kan dh kena penampar, tgh dengar TALK pon boleh terlentok.

Ni semua sebab penangan Park Yuchun, Hadooi!!!
tak sabaq hati nk rasa apa yg aku MIMPI tadi,huhuu. Entah bilalah boleh jejak kaki ke Korea...
PLUSSS, ngn extra info agi.
No. Plate Kereta Micky: 6002
yahoooo, hopefully OPPA tak tukar no plate lepas ni.


p.s: The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams...

yeah, Go For It Nurul!!!

Wednesday, November 30, 2011

....aduhai ko virus

Masa dh semakin suntuk, tinggal 2 bulan lagi sebelum saya Say Good Bye to my beloved UIA. Tapi sebelum saya hidup bersenang lenang, terpaksalah melalui hari-hari terakhir student life…..assignment, quiz and mid term. Org kata “alah bisa tegal biasa”.

TAPI, satu virus yg saya memang ALAH, dan tak leh nak biasa. IRRESPONSIBLE,or in malay sifat TAK BERTANGGUNGJAWAB. Virus ni mmg ada kt majority student.Masyaallah kalau sapa yg ada virus ni pilaaah jumpa Tok Nujum Hutan Kampung Balik Pulau, tak pon pi mintak Bidan Limah wat mandi bunga ka, ( klau boleh buang baguih).Cuba hampa bayangkan, kalau ada seorang ja yang bawa virus ni, habeh semua keja tak jadi, melingkup lagi ada.


Apa itu Tak Bertanggungjawab
TAK BERTANGGUNGJAWAB tergolong dalam virus yang mudah ditemui dikalangan pelajar yang pemalas dan tak sedar diri. Menurut saintis yang menemui virus ini, Dr Park Yuchun, " ia adalah gabungan virus TAK TERTANGGUNG dan PANDAI JAWAB, sangat merbahaya untuk manusia. Kebanyakan orang yang menjadi mangsa virus ini mempunyai simptom yang sama, iaitu tetiba pandai memberi 1001 alasan kerana tak menyiapkan kewajipan yang diberi ".

Bagi saya yang tak berapa arif pasai morfology plak, berpendapat tanggungjawab maknanya ( ayat Ustaz Don)bersedia menerima tugasan atau kewajipan, buat dengan sepenuh hati, dan sebaik mungkin. Tanggungjawab bukan hanya berkaitan dengan tugasan,tetapi menepati masa atau menepati janji, juga saya rasa contoh tanggungjawab. Jadi kalau tak bertanggungjawab, cuma tambah Word TAK jer kat depan.

Situasi
-Assignment due 21.11.2011
-2 week holiday start 4-13.11.2011

Minah bertungkus lumus wat assignment...sian....







Hari compile assignment, 14.11.2011

Selepas seminggu, tinggal sehari sebelum submission date...

Tahap kesabaran Minah dh sampai 200 darjah celcius...ibarat kalau goreng telur atas kepala Minah,memang boleh masak...




Itu antara effect yg kita tak sedar. Orang lain penat buat kerja kita senang senang mintak "MAAF",sebab kerja tak siap. Sobor jerr lah.Kepada orang yang tak ada rasa tanggungjawab untuk siapkan kerja korang, tolonglah lain kali buat kerja sesorang. Tak payah nk join orang lain, menyusahkan ja.
Saya cakap sebab saya dh banyak kali terkena dgn orang yg mengidap virus ni. Tension, mension, saya dibuatnya, mmg kalau tak cukup iman di dada, boleh jadi kes amuk.

Friday, August 6, 2010

Ceritera My Besday

Adegan 1......
Jam pukul 11.55..."satgi besday aku besyerrr...
"
Jam dah pukul 12.10.."nape x da orang wish aku pon,diorang lupa kot"desis hati aku,sambil tangan ligat menekan papan kekunci,menyiapakan assigment yang kena submit.

Tiba- tiba pintu terbuka... "Sapa plak yang kacau kekusyukan aku,dia x tau ka aku tengah bagi tumpuan 150% depan laptop ni?.."marah aku dalam hati.
Dua orang kawan aku yang sehati sejiwa malu- malu kucing tengok aku.
Aku yang tengah kusyuk pon memang dah x leh tumpu perhatian,tapi wat control lagi,sambil tunggu apa budak berdua ni nak wat.
Tut,Cak,tut,cak...itulah adegan yang paling aku x tahan,kepala otak yang tengah pening terus gatal.

Alkisahnya,kawan aku berdua ni, iaitu Masyii and K.Sal main tut cak la plak.
"ingat aku bebudak 2 tahun ka?.." desis hati aku
"wat apa tu,mai masuk,nak cakap apa- apa ka?" tanyaku pada Masyii and K.Sal.
Lagi kelam kabut Masyii dan K.Sal,situasi bertukar jadi drama hindustan plak.K.Sal terus berlari berselindung disebalik langsir. Masyii plak lain cerita,terus sembunyi dalam almari.Sambil wat muka tersipu -sipu malu kat aku. Muka Masyii time tu macam pengantin baru, tengah tunggu sarung cincin.Perut aku dh ketaq, tahan gelak.

"loh,tu apasal nk tutup muka plak tu?"tanya aku macam tanya budak kecik,padahal k.Sal lagi tua dari aku.
"cakap le nak cakap apa?" aku gesa Masyii dan K.Sal cakap.
"K.Sal malu la.."balas K.Sal."Masyii kamu cakaplah." toleh K.Sal pada Masyii.
"K.Sal cakaplah" Masyii tolak pada K.Sal pulak.
"Kamu yang ajak datang tadi." balas K.Sal kepada Masyii.
Akibatnya,aku dh pening tengok sukan tarik tali kat dalam bilik aku.
"K.Sal better cakap sebelum nurul sambung keja..." balas aku muktamad.

K.Sal yang tadi tengah sembunyi di sebalik langsir terus duduk tepi aku,di atas katil. "nurul..huhu..k.sal malulah..."kata K.Sal sambil tutup muka ngan bantal tidor aku.
"K.Sal dah buat dh perangai sengal dan gatalnya."ngomel aku.
"Masyii kamu cakaplah." suruh K.Sal pada Masyii.
Masyi wat muka
don know,tapi still sembunyi dalam almari aku .
Lelama,K.Sal mengalah.Aku wat muka slumber,sambil tenung K.Sal yang baru nk buka mulut. "Alah,nurul tenung K.Sal,...malulah"
"Lah pulak,K.Sal cakap jer, nurul nak tengok sapa agi, kalau bukan K.Sal." balas aku.
Sambil tersenyum malu,K.Sal cakap ayat keramat yang dia nk cakap dari tadi
"Selamat Hari Jadi Nurul"
Disambut oleh Masyii "selamat hari jadi nurul".Muka k.Sal time tu memang x leh blah...haha.

"Masyii, cepatlah nyanyi,tadi kata nk nyanyi."K.Sal toleh kat Masyii.
Masyii masih lagi terperuk dalam almari aku, sembunyi di sebalik pintu almari,tak keluar,keluar.
Aku tambah, "K.Sal nyayi lagu versi english, Masyii nyanyi versi Korea".
"tengok tu, dia wat permintaan pulak" ngomel Masyii. Aku tengok K.Sal, "cepatlah K.Sal, nyanyi,nurul nak dengar." "K.Sal bleh nyanyi,tapi K.Sal malulah, nurul tolehlah belakang, jangan tengok K.Sal."
"x mau,nurul nak tengok gak" balas aku.
K.Sal terus tarik bantal aku,tutup muka.
"K.Sal nyanyi sambil tutup mukalah".
"Dh pulak." Aku terus amik bantal tidor aku dari K.Sal, dan paksa K.Sal nyanyi.
K.Sal dengan muka malu- malu , (macam aku ni laki jer), terus nyanyi.
" hepi birthdy to you,
hepi birthday to you,
hepi berthday to nurul......"
nyanyian K.Sal makin jauh aku dengar,nyanyian Masyii lak dengar sayup- sayup.
"dah makin pelan pulak volume radio ni."bisikku.

Aku senyum,huhu,lawak,hepi,terharu,(sob,sob),dan haru biru. Aku suruh nyanyi versi Korea.Siap bagi lirik agi.Sebab permintaan Birthday Gurl, Masyii and K.Sal pon nyanyi lagu hepi birthday versi Korea plak.
"Sedap jugak suara budak berdua ni,tapi lirik lintang pukang."bisik aku.
Aku pon suruh nyanyi lagi sekali,kali ni aku pon join group accapella K.Sal and Masyii.


새일 축하합니다

Saengil chukhahamnida

생일 축하합니다

Saengil chukhahamnida

사랑하는 <이름-이/ 씨>

Saranghaneun

생일 축하합니다

Saengil chukhahamnida


yehhhh,abes story.

Terima kasih,sebab sama-sama nyanyi lagu Hepi Birthday ngan Nurul,malam tadi.Spoting abes walaupun muka merah padam macam kena hembus cili powder.Siap ada adegan babak Hindustan,main tarik tali...mantop.


Tamat adegan 1....

Adegan 2....

Jam entah pukul berapa,aku tertidor kat bilik Masyii.Bila terjaga, aku yang tengah mamai,terus balik bilik.Kepala asyik pikir nak tidor.Sampai bilik,aku tengok bilik roomate aku Wana and Yana dah gelap.
"dah tidoq rupanya,bukan awal agi ka... "desis aku

Disebabkan jam dalam bilik aku baru biol. Jadi bila masuk bilik,aku mesti Lost In Time,(Jam hadiah birthday tahun lepas).Minta maaf bebanyak kat Masyii,Yana dan K.sal sebab tak jaga lek lok jam tu. Kita kena terima qada dan qadar,jam tu mati semalam. MINA KOMENE......

Mata tetiba segar,sebab baru gosok gigi,jadi aku pon onlinelah.Tetiba nampak nota kat tepi gambar JYJ( Jejung,Yoochun,Junsu).
Nak cita juga.
"Eh,ada kad wish Hepi birthday"desis hati aku. Dah agak dh sapa, klau dh bebelit lidah aku nk kena baca bahasa korea, mestilah Wana,pengirim kad ni. Sekali lagi,terharu,sob,sob, "Wana,terima kasih". Cakap dalam hati je,sebab diorang dah tidor.

Aku pon,sambung online.
Baru nak layan DBSK,K.Yana menapak masuk,sambil muka merah,sebab nangis dan terus peluk aku."nurul.......sob,sob".
Aku yang terpinga-pinga terus layan K.Yana yang tengah emo.
"putus cinta ka? sakit ka?." fikirku.
K.Yana sambil menangis wish kat aku "Hepi Birthday Nurul...sob,sob,sob." sambil sapu air mata yang meleleh.
Aku memang tak tau nak wat apa,bluuurrrr.
"stabil ke tak K.Yana ni,tengah malam buta boleh wat adegan jejak kasih pulak."ngomel aku lagi.
Sambil menangis K.Yana sambung agi" Selamat Hari Lahir,sob,sob,sob,semoga sob,sob panjang umur".

Aku tengok Wana.Explanation please!!!! "dekat MPH tadi dia dh memang blurr sangat,sorang pon dia x layan,asyik ajak aku balik ja" balas Wana.
Otak aku still tak dapat connect keblurran K.Yana dengan adegan nangis K.Yana.
"tak kan rindu kat aku kot,tiap- tiap hari jumpa" fikirku lagi.
Dengan air mata masih mengalir,K.Yana sambung cerita Wana.
" tadi tengok Noni sambut birthday Yaya,terus K.Yana teringat kat nurul.Ingat nak simpan wish esok, tak nak wish malam ni,tapi K.Yana tak tahan."
"ooooh...sebab tu,cian K.Yana." desis aku.
Sebab birthday aku,K.Yana pulak yang nangis.
Kira tangisan K.Yana time tu aku leh kata agak sama dengan tangisan Ajumma yang tengah serabut dan nangis cari Yoo Eun yang hilang kat shopping complex. Aku pulak pegang watak Siwon,menenangkan K.Yana.
huhuu...

tamat adegan 2...

Nurul nak cakap terima kasih bebanyak, sebab ingatkan nurul pasal Friendship dan Happiness.Sebelum masuk U,hari lahir bagi nurul selalunya macam hari-hari biasa,dibiarkan belalu sepi.No Feeling.Skarang dah lain,baruku tahu penting juga Hari Lahir ni.TERIMA KASIH sekali lagi untuk K.Sal,Masyii,K.Yana dan Wana. Nurul sayang semua.........

Tuesday, July 27, 2010

Mada Mada Dane...

Lokasi: Mid Valley
situasi...
Nia tengah duduk goyang kaki sementara tunggu emaknya shopping, sambil mata melilau memerhati pelbagai ragam manusia. Nia tengok ada family datang shopping siap angkut pembantu rumah sekali datang shopping, ada awek tgh fed-up tunggu balak tak mai- mai,budak merengek mintak mak dia beli baju Ben 10, ada pasangan bahagia tengah jalan berpimpinan tangan..masyuk..(dunia ini ana yang punya)...

Tetiba terlintas difikiran Nia." aku tak suka buang masa melepak camni, baik kan aku,aku tak pegang tangan laki bukan muhrim,baik gk aku ni,aku tak suka wat mama ngan abah susah hati,baik sungguh aku."
Nia bermonolog agi...
" aku suka shopping, beli kasut ngan beg, tapi pakai sekali sekala ja...tak baiklah tu,aku pemalas,aku suka kacau orang, aku suka mengumpat,isk,isk,isk, membazir, suka pakai seluar pendek,aurat tu!! banyaknya benda tak baik aku buat."
"Pastu macamana nak jadi baik?"

berdasarkan petikan dalam Versus untuk dikongsi bersama......

1. dari segi Islam,apa maksud "baik"?
baik tu beriman pada Allah.

2. apa maksud beriman pada Allah?
membuat apa yang disuruh,meninggalkan apa yang dilarang.

Jadi kalau rasa ada yang tak wat agi,kira tak cukup baiklah. Contohnya perempuan, pakai tudung tapi baju jarang sampai nampak shape badan, tak cukup baik. Lelaki, tiap tiap hari sembahyang, baca quran, tapi bila keluar rumah pakai seluar pendek,tak cukup baik. Aku pon sama....
Jadi nk pendek cerita, kita kena pratic Islam secara menyeluruh baru jadi baik.
"Masuklah ke dalam Islam secara meyeluruh" ( Al Baqarah,208).

Jangan ikut apa masyarakat rasa,kita kena ikut hukum Allah kata.Nak wat perubahan itu sakit, makan hati woo,pedih tuhan saja yang tahu, tapi kita akan nampak the Beauty of Islam jika kita cuba. Kita manusia, selalu lupa dan alpa dengan dunia, jadi perlu saling mengingati. Untuk berubah menjadi yang terbaik adalah mustahil, tapi selagi ada ruang untuk kita berubah, maka lebih baik kita berubah menjadi yang lebih baik.

Kita suma belum cukup baik agi,bak kata Prince of Tennis, adik Ryoma Ichizen, "Mada Mada Dane", you still have more to work on.

nasihat,baca karya Hlovate:Versus
Saya story sikit pasal Versus, novel ni cerita camna dua watak utama novel ni ,Assraff Omar AO of Bronx, dan Minn Edina a.k.a Ed'Ssasin of Wrath yang merupakan bebudak skate, cuba menyusun semula hidup mereka. Perubahan secara total, dari 0 kepada 100, kalau dulu mereka tak kenal langsung tikar sejadah, pub jadi tempat lepak sinonim,tetapi sebab nk jadi "baik" menurut erti kata Islam yang sebenar, mereka telah membuat perubahan drastik yang mengubah segalanya.Penyampaian santai Hlovate, bila dakwah,nasihat,lawak,gila-gila dicampur jadi rojak oleh Hlovate..wat novel ni best bangat.

Wednesday, June 16, 2010

Cinta Hatiku...




Assalamualaikum...
Green Rose
,bunga banyak ubah hidup nurul, ya ampun ayat tak bleh blah...
nurul kenal bunga ni waktu tengok drama korea "Green Rose".
Bagi nurul Green Rose tersirat banyak erti:
  • ketabahan
  • semangat
  • cita cita tinggi
  • ketenangan.
  • kesungguhan





Sekarang nak story history bunga ni. Green Rose muncul pertengahan 18 century,dah lama dah, bukan spesis baru. Nama lain China Rose, sebab menurut sejarah dia dikatakan berasal dari China. Bila bunga Green Rose dibawa belayar ke Paris, bunga ni telah dikutuk habis habisan oleh orang Paris. " little monster or error of nature" gelaran diberi....cian nyerr bunga favorite aku kena kutuk. Oleh kerana Green Rose tabah, setabah namanya, maka ia berjaya menonjolkan diri di kalangan rose- rose yang lain. Begitulah cerita ketabahan Green Rose menempa nama di persada antarabangsa, sekaligus membuatkan nurul minat kat dia...


Maksud di sebalik Green Rose

:
  • romantic
  • semangat untuk berjaya terutama dalam perniagaan
  • sukakan kebaikan
  • cemburu
nurul gila korea pon sebab Green Rose.Paling best sebab warna bunga ni hijau.Bunga ni tak da yang istimewa pon,tapi bagi nurul bunga ni bunga tercantik nurul pernah tengok, sambil berangan micky bagi green rose kat aku..haha

post ni nak promote bunga kegemaran aku jer...
tercapai juga hajat dihati nak promote bunga kegemaran .....

Tuesday, June 15, 2010

Tag from UknoWana....


1.Adakah anda rasa anda hot?
hot...sesangat,tak cukup kipas dinding,siap tambah kipas tangan " micky"..opsss

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.





3. Ceritakan pasal wallpaper tersebut
jaejoong bagi panahan mata yang tak boleh dielakkan...memang tajam,menusuk terus ke jantung...i'm melting. Memang cekap main mata mamat ni.

4. Bila kali terakhir kau makan pizza?
bebila dari sekarang. Pelik tak?? sebab ada orang bagi pizza segera,jadi boleh makan bebila...hehe

5. Lagu paling latest kau dengar?
masuk dalam senarai lagu terhangat dipasaran ialah..tepukan..
  1. Jojo- Shinee
  2. Jojo- Shinee
  3. Joo- Shinee
pendek kata aku gila lagu jojo sekarang,biarlah orang cakap dah ketinggalan 20 puluh tahun kebelakang,asal saya suke, saya layannnn...

6. Apa yang kau buat selain menyelesaikan tag ini.
dengar lagu JOJO..hehe...

7. Selain nama sendiri, dipanggil nama apa?

Adik Nort...tak tau asal usul nama ni,sedar-sedar seluruh kaum kerabat panggil nama ni..confius.
Online: niamicky,jaenurr,nurmicky
Family: Nurul, atau Adik..hehe malu....

8. Tag lagi 8 orang.
nak tag sapa...????

1. Jaejoong
2.Micky
3.Miura
4.Masitah
5.Salbiyah
6.Yana
7.Wana
8.Kame
kalaulah jadi kenyataan.....

9. Siapa orang no.1 pada anda?

kekawan.....memang tak leh hidup tak da kekawan.

10. katakan sesuatu pada orang no. 5?
k.sal nurul tengah berchenta dengan "makoto"a.k.a tomoya nagase...

11.no.3 ada hubunagn dengan siapa?
nurulllll....tiap malam dia call...

12.Bagaimana pula dengan no. 4?
junsu...tiap hari sebut nama oppa junsu..siap simpan gambar bawah bantal.

13. Pesanan pada orang no.6
saranghae...friendship for ever...

14.Kata kata cinta untuk orang no.2.
Oppa...love you forever..biar badai datang atau tsunami melanda,saya tetap setia...tak bleh blah

15. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda..
UknoWana
  • kipas susah mati UKNOW..
  • GO Forum member..sangat active...
  • just discover recently...kelam kabut jugak minah ni...
  • ni aku respect...Pengetahuan Am dia memang banyak...mana ko cedok wana?
  • Cassie...sama ngan den...
16. Gay or Les..
apa punya soklan...saya suka laki....

17. Perasaan anda semasa menjawab tag ni.
Bestttt sangat...tapi penat menaip...

thanks to orang yang mengetag....